Sejarah Sekolah

Gate

1957

Pada tahun 1957, sekolah ini dengan rasminya ditubuhkan dengan nama asalnya, Sekolah Rendah Inggeris Kuala Nerang. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Ketika itu, ia menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang dan hanya mempunyai 36 orang murid. Namanya kemudian ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.

 

1958

Pada tahun 1958, sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri. Sekarang bangunan ini digunakan sebagai Pejabat Pendidikan Padang Terap / Pendang. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, satu bilik guru, satu pejabat Guru Besar dan satu bilik stor. Ketika itu, terdapat tujuh kelas dimanaempat kelas sesi pagi dan tiga buah kelas sesi petang. Ia juga mempunyai sembilan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah yang terdiri dari tiga orang Pegawai Kerajaan Negeri, tiga orang dari Pihak Berkuasa Pendidikan Tempatan dan empat orang dari kalangan waris.

 

1982

Pada bulan Mei 1982, sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan sekarang. Pada tahun 1982, ia bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Pada tahun 1988, sekolah ini sekali lagi bertukar namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra sehingga sekarang.