Hebahan JPN Kedah

INFO RASMI PEJABAT PENGARAH

2 weeks 6 days ago

Pelantikan Pengetua baharu di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

1. MOHD NOOR’IN BIN AWANG
Penolong Kanan Pentadbiran SMK SERI MAHAWANGSA, dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK SUNGAI TIANG.
Tarikh kuatkuasa 13 Jan 2019

2. MOHD NOOR BIN SAAD
Penolong Kanan Pentadbiran SMK JERLUN dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK SYED ABU BAKAR Baling.
Tarikh kuatkuasa 02 Jan 2019.

Tahniah dan Syabas.

HAJI ISMAIL BIN OTHMAN
Timbalan Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
28 Jan 2019

Tawaran Permohonan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana dan Kedoktoran Tahun 2019

3 weeks ago

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my.   Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.

https://epenawaran.moe.gov.my/

 

1.       Senarai  Bidang Peringkat Sarjana (Dalam Negara)

2.       Senarai Bidang Peringkat Kedoktoran (Dalam Negara)

3.       Senarai Bidang Peringkat Kedoktoran (Luar Negara)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

  1. Bahagian Biasiswa & Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):

              Telefon (hotline): 03-8888 1616

              Telefon (alternatif) :  03-8870 6370 / 6387 / 6369

              E-mel : epenawaran@moe.gov.my

 

  1. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

              Telefon (hotline): 03-8884 3717

              E-mel : helpdesk@moe.gov.my

              Meja Bantuan:  http://intranet.moe.gov.my/Helpdesk/ (untuk capaian pegawai di Bahagian KPM sahaja)

SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1 month 1 week ago
SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Januari 2019) Berikut merupakan Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malayisa (KPM): Muat Turun :                                   SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR DARI BULAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2018                      SENARAI NAMA YANG TELAH DIKELUARKAN DARI SENARAI PEMINJAM TEGAR DARI BULAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2018       
Catatan : Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa akan dikemaskini pada bulan berikutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi : Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor. Talian Hotline : 03-8321 7124 Faks : 03-8321 7101 Emel : penguatkuasaan@moe.gov.my Diterbitkan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan

Pelantikan dan Pertukaran Pengurusan Tertinggi JPN Kedah

1 month 2 weeks ago

Pelantikan dan Pertukaran Pengurusan Tertinggi JPN Kedah

1. MALEK BIN ABU HASSAN, Pengetua SM Sultan Abdul Halim Jitra bertukar sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah.

2. HAJAH SITI AMINAH BINTI HAJI IBRAHIM,
Pengetua SMK Paya Kemunting Jitra bertukar sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah.

3. WAN KHALIM BIN AHMAD
Timbalan PPD Kubang Pasu dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah PENDANG.

4. HAJI MAHADIR BIN ISMAIL
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Yan bertukar sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

5. HAJAH OMMI KALSOM BINTI HAJI IBRAHIM
Pegawai SIP Partners, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Bharu ditukarkan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Yan.

Tarikh kuatkuasa 16 Disember 2018

 

Makluman Pertukaran dan Pelantikan Pengetua Baharu Negeri Kedah.

2 months 2 weeks ago

1. Puan Nadziroh Mohd Nadzim
Pengetua SMK Taman Selasih Kulim bertukar ke SMK Convent Father Barre Sungai Petani mulai 23 Disember 2018.

2. Azman Bin Abdullah
Penolong Kanan SMK Seri Badong ditukarkan sebagai Pengetua SMK Kuala Ketil mulai 2 Disember 2018.

3. Abu Bakar Bin Man
Penolong Kanan SMK Taman Mutiara ditukarkan sebagai Pengetua SMK Taman Selasih mulai 23 Disember 2018.

4. Amareson Munusamy
Pensyarah IPG Sultan Abdul Halim ditukarkan sebagai SISC+ PPD Baling mulai 12 November 2018.

5. Mohd Amir Abdul Hamid
Pengetua SMK Bandar Baru Sintok bertukar ke SMK Permatang Bonglai mulai 2 Disember 2018.

Permohonan Pembiayaan Pinjaman Komputer

2 months 2 weeks ago

Permohonan Pembiayaan Pinjaman Komputer akan ditutup sementara mulai 15 Disember 2018, Sehubungan dengan itu, tarikh akhir penerimaan dokumen perjanjian adalah selewat-lewatnya 5 disember 2018. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi Unit Kewangan JPN Kedah di talian 04-7404126

Garis Panduan Mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

3 months 2 weeks ago

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Garis Panduan  mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Secara Persendirian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran Dalam Negara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. 

Garis panduan dan borang-borang yang berkaitan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi JPN Kedah di jpnkedah.moe.gov.my di dalam ruangan muat turun.